Monday, 14 November 2016

muzium taiping

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan bakal pembaca blogku.
Hari ini 15 nov 2016 12.34 am saya akan menceritakan kepada semua tentang muzium di Taiping.


jika anda semua nak pergi ke muzium ini dan memastikan ini adalah muzium Taiping, pandangan anda akan tertumpu kepada sebuah jet perang yang terdapat di sekitar muzium tersebut maka jelaslah bahawa itu adalah muzium Taiping. Disamping itu juga, bertentangan dengan muzium tersebut terdapat sebuah penjara Taiping. Penjara tersebut merupakan penjara pertama dibina.


Waktu operasi muzium ini adalah pada isnin hingga ahad iaitu pada waktu 9.00 a.m hingga 6 p.m dan hanya akan ditutup sepenuh pada hari raya aidilfitri dan aidiladha. Manakala bayaran masuk hanya rm 2.00 bagi dewasa dan percuma bagi kanak dibawah 12 tahun. Jika terdapat warga emas ataupun OKU hanya rm 1.00 dikenakan manakala warga asing pula dikenakan bayaran rm 5.00. 

 
 
jet


si larut merupakan gajah yang menjumpai timah di perak dan menjadi belaan kepada Long Jaafar




harapan saya kepada pembaca sekalian pergilah ke muzium ini supaya mendapat lebih  banyak pengetahuan kerana kebanyakkan monumen di muzium ini tiada di muzium yang lain.. sekian terima kasih

assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sunday, 13 November 2016

KAMPUNG HALAMANKU

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan bakal pembaca blogku.
Harini 14 nov 2016 jam1.37am saya akan menceritakan serba sedikit tentang kampung halaman saya yang terletak di Batu Kurau,Perak Darul Ridzuan.

SIGNBOARD BATU KURAU
Kampung halaman saya juga lebih dikenali oleh orang luar dari daerah dan didalam daerah LMS dengan keenakkan buah durian. Rasa buah tersebut amat berbeza dengan buah durian yang lain. Ini dapat dilihat apabila tiba musim buah. permintaan terhadap buah durian batu kurau sangat tinggi hingga pembeli sanggup membeli buah tersebut dengan harga yang tinggi bagi sebiji buah durian. Impak dari buah tersebut maka terbinalah sebuah tugu berupa buah durian gergasi yang berwarna hijau kuning.


TUGU DURIAN GERGASI



 Disamping itu juga terdapat dua buah tempat untuk berkelah dan bermandi manda di batu kurau. pertama di air hitam , jelai dan sungai sempeneh, batu kurau. Air hitam terletak di Jelai jarak perjalan dari pekan batu kurau ke jelai adalah dalam lebih kurang 5 km manakala sungai sempeneh lebih kurang 3 km dari pekan batu kurau. Tempat perkelahan ini sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.

AIR HITAM JELAI
SUNGAI SEMPENEH
 
Mungkin pembaca juga tidak percaya jika saya mengatakan bahawa di batu kurau terdapat tumbuhan terbesar didunia iaitu rafflesia. Ya saya berkata benar kerana pada mulanya saya tidak percaya tetapi setelah pergi ke tempat tersebut baru hati dan jiwa saya percaya dengan kewujudan tersebut.rafflesia di batu kurau

RAFFLESIA DI BATU KURAU

sampai disini sahaja saya berceritakan tentang kampung halaman saya.
sekian terima kasih kerana sudi singgah dan baca.
assalamualaikum dan salam sejahtera.




Monday, 7 November 2016

kawasaki bike


Image result for kawasaki bike 250
kawasaki 250cc merupakan sebuah jentera daripada keluaran syarikat kawasaki yang mempunyai kapasiti rendah bagi segmen superbike. Jentera ni sesuai untuk golongan yang mahu berjinak jinak ke alam jentera berat berkapasiti rendah.   

jentera kawasaki 250 cc ini terbahagi kepada dua katagori iaitu full faring dan naked. Full fairing bermaksud penampialan jentera tidak terdedah seperti enjin dan sebagainya. Namun bagi katagori naked bermaksud jentera itu berada dalam keadaan terdedah. kedua dua katagori ini mempunyai kelebihan masing - masing bergantung kepada keinginan penunggangnya. bagi full fairing posisi penungang akan berada dalam posisi membongkok manakala bagi naked pula penunggang akan berada dalam keadaan tegak. 

  
naked kawasaki z250                                                                 full fairing kawasaki ninja 250


jentera kawasaki ini mempunyai banyak versi iaitu kawasaki se(speacial edition), kawasaki ninja,kawasaki ninja r, kawasaki ninja rr, dan kawasaki z. Kesemua versi merupakan dalam segmen 250 cc.

kebanyakkan di malaysia pengguna kawasaki 250cc adalah daripada golongan muda dari lingkungan 18 ke 25 tahun kerana kawasaki 250cc ini merupakan jentera yang sesuai bagi umur sebegitu.