Sunday, 13 November 2016

KAMPUNG HALAMANKU

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan bakal pembaca blogku.
Harini 14 nov 2016 jam1.37am saya akan menceritakan serba sedikit tentang kampung halaman saya yang terletak di Batu Kurau,Perak Darul Ridzuan.

SIGNBOARD BATU KURAU
Kampung halaman saya juga lebih dikenali oleh orang luar dari daerah dan didalam daerah LMS dengan keenakkan buah durian. Rasa buah tersebut amat berbeza dengan buah durian yang lain. Ini dapat dilihat apabila tiba musim buah. permintaan terhadap buah durian batu kurau sangat tinggi hingga pembeli sanggup membeli buah tersebut dengan harga yang tinggi bagi sebiji buah durian. Impak dari buah tersebut maka terbinalah sebuah tugu berupa buah durian gergasi yang berwarna hijau kuning.


TUGU DURIAN GERGASI



 Disamping itu juga terdapat dua buah tempat untuk berkelah dan bermandi manda di batu kurau. pertama di air hitam , jelai dan sungai sempeneh, batu kurau. Air hitam terletak di Jelai jarak perjalan dari pekan batu kurau ke jelai adalah dalam lebih kurang 5 km manakala sungai sempeneh lebih kurang 3 km dari pekan batu kurau. Tempat perkelahan ini sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.

AIR HITAM JELAI
SUNGAI SEMPENEH
 
Mungkin pembaca juga tidak percaya jika saya mengatakan bahawa di batu kurau terdapat tumbuhan terbesar didunia iaitu rafflesia. Ya saya berkata benar kerana pada mulanya saya tidak percaya tetapi setelah pergi ke tempat tersebut baru hati dan jiwa saya percaya dengan kewujudan tersebut.rafflesia di batu kurau

RAFFLESIA DI BATU KURAU

sampai disini sahaja saya berceritakan tentang kampung halaman saya.
sekian terima kasih kerana sudi singgah dan baca.
assalamualaikum dan salam sejahtera.




11 comments: